Bagi penggemar setia Char Kuet Teow macam Roomate Tersayang, makan mesti kureng feelnya kalau xde jeruk lada. Kalini mz nak share cara yang cukup senang & cepat
2 botol lada jeruk sedia untuk dimakan.
Botol kiri : lada sahaja. Botol kanan : lada dan cili api
Bahan Bahan :
Lada Hijau (anggaran 20 tangkai)
satu cawan Cuka ( mz guna cuka cap Tamin) **
setengah cawan gula **
2 cawan air panas **
1 sudu garam **
Nota : gunakan cawan yang sama untuk semua sukatan diatas.
Cara Cara :
1. Hiris lada hijau dgn saiz sederhana. Jangan terlalu tebal atau nipis.
2. Rendamkan lada yang dah dipotong dalam air panas selama 2-3 minit. Toskan & masukkan dalam botol.
3. Campurkan cuka, gula, garam & air panas (bertanda ** diatas). Kacau sebati dalam bekas . Elakkan dari menggunakan sudu besi.Bancuhan ini untuk 2 botol (saiz sos kimball sederhana)
4. Tuangkan bancuhan ke dalam botol.
5. Tutup botol dan biar selama 2-3 jam. Sedia untuk di makan.
Nah...mudah je kan? :)
